Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

rahsia potong kuku

Tuesday, January 19, 2010

.: dear diary:.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang memotong kukunya pada ;
Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
kepapaan.

Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan
oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati...

Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu
buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah,
Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat
Nabi a.s...

dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari
kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diajarnya. Apatah lagi
perkara yang lebih besar dari itu.

Mutiara Kata: Sabda Rasulullah s.a.w : "Amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t adalah secara berterusan walaupun sedikit"

Wallahu'alam.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

Daisypath Anniversary tickers

Author