Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selamat ulang tahun perkahwinan yang PERTAMA

Monday, January 20, 2014
.: dear diary:.


Alhamdulillah genap setahun perkahwinan 
bersama suami terchenta Mohd Nizam Bin Mohd Jamaluddin ..
macam baru sebulan berkahwin..hehe..
still honeymoon..
suami adalah pelengkap buat diriku, penyeri dikala duka,
penasihat dikala buntu, 
sentiasa membuat diriku tersenyum...
terima kasih sudi terima diri yang serba kekurangan..
dulu berdua sekarang bertiga..
moga dengan kehadiran permata hati kami 
Nur Amalina Adelia Binti Mohd Nizam  
menambahkan lg seri perkahwinan kami..
moga rumah tangga kami terus dalam mawaddah sakinah dan rahmah..
love u so much sygku..

nota kaki: perkahwinan adalah satu medan dimana aku belajar banyak bnda dalam hidup.. 
dari sakit hati, sedih, kecewa sampilah gembira, bahagia, ketawa.. 
kau boleh rasa sakit hati sangat sangat sampai rasa macam nak tumbuk muka org, 
tp dlm masa satu saat kemudiannya, 
hati kau cair macam aiskrim bila kena peluk cium dengan suami...
itulah perkahwinan...

Buat suami terchentaaaaa~

Friday, January 10, 2014
.: dear diary:.

Aku Mencintai Mu Wahai Suamiku

Bertemu dengan mu adalah nasibku,
menjadi temanmu adalah pilihanku
jatuh cinta denganmu adalah di luar kuasaku
Setiap kali kau tersenyum tanpa alasan dan setiap kali kau merasakan bahagia yang tak terduga, ketahuilah bahawa itu semua kerana aku sedang memikirkanmu.
Setiap kali aku merindukanmu, bintang jatuh dari langit.
jika kau melihat ke langit dan menemukan langit gelap tanpa bintang, itu semua kesalahan mu.
Kau membuatkan ku terlalu rindu padamu
Jangan berjalan di depanku, aku mungkin tidak mengikuti
Jangan berjalan di belakangku, Aku mungkin tidak memimpin
Berjalanlah di sampingku dan akan aku kasihi mu selama-lamanya

dulu berdua sekarang bertiga~

Tuesday, January 7, 2014
.: dear diary:.

Ya Allah lamanya tak menulis. Memang sangat lama. Bila rasa nak menulis tapi tiba-tiba rasa malas tu datang. Sejak kelahiran cahaya mata banyak sangat perubahan yang berlaku. Dari segi masa dan penyesuaian kehidupan. Kalau dulu berdua sekarang sudah bertiga. Alhamdulilah aku dapat belajar dari semua ini. Pengalaman melahirkan anak memang tak kan dapat dilupa. Sekarang anak pun dah masuk 2 bulan lebih. Alhamdulillah membesar dengan sihat. Allah juga bagi kami peluang menjaga anak yang tak banyak sangat ragam. Moga Allah sentiasa memberikan kemudahan kepada aku dan suami.

Proses kehidupan berkeluarga bukan sahaja lengkap dengan kehadiran cahaya mata namun perjalanan pembelajaran yang perlu diserap satu persatu. Bukan mudah menjadi ibu bapa , anak itu amanah. Gagalnya kami mendidik, pertanyaan di sana kelak. Alhamdulilah dalam usia 27 tahun Allah berikan kesempatan untuk kami merasai detik-detik ini. Moga Allah redha. Moga cinta Aku dan suami melalui lafaz sakinah yang terbukti membuatkan rasa kasih dan sayang ini tidak pernah akan pudar.

Seawal jagung usia perkahwinan ini tidak akan mematah semangat aku untuk belajar erti sebuah perkahwinan yang perlu ada rasa kasih dan sabar. Betullah bak kata pepatah, adanya pelangi selepas hujan. Sungguh penceritaan dan penentuannya begitu Indah. Allah hadirkan seorang suami yang belajar memahami, sabar dan belajar menjadi seorang ayah untuk anak kami. Begitu juga aku, dalam perjalanan kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu banyak yang perlu aku pelajari.

Tiada apa yang dapat ku panjat atas rasa syukur, nikmat sebuah kehidupan dan kecukupan datangnya dari Dia. Jika badai datang melanda moga ia dapat ditepis dengan kewarasan fikiran dan iman yang utuh di hati. Moga Allah redha akan kehidupan kami bersama. Moga Allah permudahkan segala perancangan dan usaha kami. 

Nama Saya Nur Amalina Adelia Binti Mohd Nizam..Hari ni saya 85 hari =)


Gallery

Daisypath Anniversary tickers

Author