Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

dulu berdua sekarang bertiga~

Tuesday, January 7, 2014
.: dear diary:.

Ya Allah lamanya tak menulis. Memang sangat lama. Bila rasa nak menulis tapi tiba-tiba rasa malas tu datang. Sejak kelahiran cahaya mata banyak sangat perubahan yang berlaku. Dari segi masa dan penyesuaian kehidupan. Kalau dulu berdua sekarang sudah bertiga. Alhamdulilah aku dapat belajar dari semua ini. Pengalaman melahirkan anak memang tak kan dapat dilupa. Sekarang anak pun dah masuk 2 bulan lebih. Alhamdulillah membesar dengan sihat. Allah juga bagi kami peluang menjaga anak yang tak banyak sangat ragam. Moga Allah sentiasa memberikan kemudahan kepada aku dan suami.

Proses kehidupan berkeluarga bukan sahaja lengkap dengan kehadiran cahaya mata namun perjalanan pembelajaran yang perlu diserap satu persatu. Bukan mudah menjadi ibu bapa , anak itu amanah. Gagalnya kami mendidik, pertanyaan di sana kelak. Alhamdulilah dalam usia 27 tahun Allah berikan kesempatan untuk kami merasai detik-detik ini. Moga Allah redha. Moga cinta Aku dan suami melalui lafaz sakinah yang terbukti membuatkan rasa kasih dan sayang ini tidak pernah akan pudar.

Seawal jagung usia perkahwinan ini tidak akan mematah semangat aku untuk belajar erti sebuah perkahwinan yang perlu ada rasa kasih dan sabar. Betullah bak kata pepatah, adanya pelangi selepas hujan. Sungguh penceritaan dan penentuannya begitu Indah. Allah hadirkan seorang suami yang belajar memahami, sabar dan belajar menjadi seorang ayah untuk anak kami. Begitu juga aku, dalam perjalanan kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu banyak yang perlu aku pelajari.

Tiada apa yang dapat ku panjat atas rasa syukur, nikmat sebuah kehidupan dan kecukupan datangnya dari Dia. Jika badai datang melanda moga ia dapat ditepis dengan kewarasan fikiran dan iman yang utuh di hati. Moga Allah redha akan kehidupan kami bersama. Moga Allah permudahkan segala perancangan dan usaha kami. 

Nama Saya Nur Amalina Adelia Binti Mohd Nizam..Hari ni saya 85 hari =)


0 comments:

Post a Comment

Gallery

Daisypath Anniversary tickers

Author