Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

INFO UNTUK SUAMI : Bila Isteri Mengandung...

Monday, June 3, 2013
.:dear diary:.

1. Luangkan masa bersama isteri
Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

:: Oh! ini adalah benar...bila kita pregnant kan..rasa macam nak duduk bawah ketiak suami je 24 jam. Rasa cam tak nak suami tu pegi mana-mana and duduk je kat sebelah kita. Tapi ni memang melampau la kan. Mau dapat penampau kalau kita request benda ni kat suami kan. Tapi lagi heaven bila laki kita dok kepit kita bawah ketiak dia takmo bagi lepas...kannnnnnnnn

2. Membantu pemakanan isteri
Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

:: Ya betul! Preggy moms ni kehendak dan naluri dia kepada makanan adalah meluap-luap. So Encik Suami...tolonglah faham. Jangan la bila isteri cakap dia nak makan itu ini...u all asyik tanya...tu baby yang nak makan ke mummy yang nak makan tu? tak kisah la sape pun yg nak makan at the end makanan tu sampai kat dalam perut gak. Segala zat makanan ibu pegi gak kat baby. Jadi rerajin la shopping makanan yang berkhasiat untuk wifey anda k. Tp kalu para suami pulak yg lebih2 plak mngidam…xtau la kan 

3. Perlahan
Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

:: Ya En.Suami...sila belajar untuk menjadi slow motion and slow & steady buat sementara waktu. Penat tau nak bawak perut tu kehulu kehilir..hehe

4. Tidak perlu bertanya, terus lakukan
Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

:: En.suami..silalah jd ringan tulang jap xlama pun.. Building the baby is such a hardwork and rilly tiring so apa kata bantulah isteri anda membuat kerja-kerja rumah. Besar pahala tu bahkan anda akan makin dicintai isteri. Takkan u'ol samggup tengok isteri yang tengah sarat tu tonggang tebalik mengemas. Sian diorang. Nanti apa-apa jadi kat diorang kan susah. Tp isteri pun kne la tolong gak sikit2, melampau la semua keje suami nak buat, sian diaaaaa 

5. Belajar
Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

6. Membantu menyiapkan hidangan makan
Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

:: Apa yang penting...kerjasama! Apa kata sekali sekala tu masak utk isteri pulak...air tangan suami memang terbaik..


1 comments:

Post a Comment

Gallery

Daisypath Anniversary tickers

Author