Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

pelengkap hidupku

Thursday, October 27, 2011
.: dear diary:.

aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang yang tak ditemani malam
melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
yang membuat aku tak ingin pergi darimu

* teringat janji lamamu kepadaku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
temani ku sepanjang hari

bila kau pergi jauh ingatlah aku
bila ku di sampingmu peluk tubuhku
bila kau rindu aku panggil namaku
ku datang menemuimu

peluk erat jasadku jangan lepaskan
tetaplah kau di sini arungi malam
karna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkap ku di dunia





Selangor menuju Yong Peng, Johor Bharu

Wednesday, October 26, 2011
.:dear diary:.

jalan- jalan g umah org kahwin...
ni perhentian pertama : R n R seremban
next station : R n R Kg Bemban
opsssss!
tipu-tipu!
Finally we arrive our destination: Yong Peng, Johor
*kompang dipalu..pengantin baru..smoga bhgia keanak cucu..*
* pasni aku plak..tema apa aku nk pilih ni..hehehe*
muka- muka kekenyangan habis makan...kekeke~


 

pelamin
the bride of the day...
congratez nora and husband..

attn: ni bukan pengantin ek..kehkeh..
jgn tertukar plak..maluuuu~ aww!

btw, i like dis picture...
why?
berdiri sama tinggi...ahakz~!


Doa Pendekat Jodoh

Friday, October 21, 2011
.: dear diary:.

TOT oh...TOT

Wednesday, October 19, 2011
.: dear diary:.

TOT ni mksd dia...
Transfer of Technology ...


dalam bahasa ibunda TOT nih...
Pemindahan Teknologi, juga dikenali sebagai 
Pemindahan Teknologi (TOT) dan Pengkomersilan Teknologi, 
proses memindahkan kemahiran, pengetahuan, teknologi, kaedah pembuatan, sampel pembuatan dan kemudahan di kalangan kerajaan 
atau universiti dan institusi lain untuk 
memastikan bahawa perkembangan sains dan teknologi 
diakses oleh pelbagai pengguna yang boleh terus membangunkan 
dan mengeksploitasi teknologi ke produk baru, proses, permohonan, 
bahan atau perkhidmatan yang lebih luas.
 Ia berkait rapat (dan boleh dikatakan boleh dianggap sebagai subset) pemindahan pengetahuan...

TOT ni kteorg kena buat...
TOT slide ada Main Slide dan SubModule Slide..
Main Slide akan create hyperlink utk dihubungkan ke SubModule Slide 
dan SubModule Slide akan create hyperlink utk hubungkan ke mana2 file yang di create dlm word (contoh: spec, aliran kerja ,aliran transaksi, dokumentasi(algorithm) )

renyah la buat bnda alah ni..

tsk..tsk..tsk...



keliru plus serabut

Monday, October 17, 2011
.: dear diary:.
sejak dua tiga menjak ni aku rasa serabut...
sume jd xkena...
aaaaarrrrrgggghhhhhhhhh!!!!!!!!


I need a shoulder to cry on...
will you be mine?


i'm 25 now

.: dear diary:.

yeah~!
finally i'm officially 25..
lalala~

azam umur 25 nih:
- nk jd anak yg solehah..amiiin~
- nak kawin..ops~! ..bln 12..tp thun xjumpa lg..ahakz~~
- nk kurangkan berat badan..dpt ideal pn ckup bek..


Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Thursday, October 13, 2011
.:dear diary:.


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
dipinjam dari : Jannati Baiti 

cemburu

Monday, October 10, 2011

.: dear diary:.

Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu
1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.
4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.
5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

Kesan Positif Cemburu

1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu

Kesan Negatif Cemburu

1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.

sweet?

Thursday, October 6, 2011
Sy ada bf yg sweet..eh sweet tu bkn mkna aww~..no no no..haha..dia mr muscle sy..sy syg dia..ni yg dipanggl sweet..keke..k bai..

Da lme xgne applction ni..cian trbiar..*alasan*
Published with Blogger-droid v1.7.2

Erti Gerak Geri Dalam Solat :

.: dear diary:.

Erti Gerak Geri Dalam Solat :
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "



kenangan terakhir

.: dear diary:.

walaupun hampir 3 thn berlalu 
tp setiap kenangan bersama bonda terchenta sehingga akhir hayatnya 
masih segar dan masih terbayang2 mcm bru je lg..

bukan niat untuk meratapi pemergian org tersayang..
tp sekadar berkongsi pengalaman yg amat indah yg Allah berikan..

start cuti semester..
start tu jugaklah umi sakit..


first week :
g wat checkup kat klinik kat tmpat umie keje..
dktr suh jumpa pkar kat SMC xpn nama dia KPJ Healthcare...
dktr suspek der masalah ngn hati..
cek pnye cek..xray pnye xray..
dktr xtau pa sbnrnya sakit umie..
umie kena operation buang air kat perut yg xtau mane dtg..
dktr ambil sampel air tu nk anta kat makmal..
da dktr tu suggest jumpa org yg pndai berubat kg ni..
wallahua'lam...

second week:
umie berehat kat umah..
kami sekeluarga xputus asa cbe berubat cara kg..
umie makin lemah..
jalan pn nmpak xlarat..termengah2..
dugaan demi dugaan dtg..
aku tau sume tu dugaan Allah...aku terima Ya Allah..

third week:
umie kena tahan kat wad lg..
kena operate buang air tu lg..
entah ble agaknya air tu nk abiskan..
cam org kena busung..
wallahualam..
mse ni umie dah xlarat sgt..
dktr msh xtau lg pa punca tp dktr ckp air tu da sel barah...
dktr suggest kimoterapi..

fourth week:
kami sekeluarga xputus2 anta umi berubat..
kami g berubat kat bt8 sijangkang..
darus syifa' pn kami g..

fifth week:
umi kena tahan wad lg..
buah pinggang pn da xbp ok..
tp melihatkan keadaan umie makin lemah..
so dktr ckp postpone..
dktr da suggest bnda lain umie xnak..
ktenya penat dah..sakittt..
cucuk sne sni amik darah...
sian umie..
along sedey sgt tgk umie..
umie sakit..
along xleh wat pe..

along ingt tarikh ni lg umie...
29hb Disember..
dktr ckp umie xd harapan..
hrpan sembuh kosong..
besarnya dugaan Allah bg..
ptg tu sume adik beradik umie sume smpi..
nenek pn dtg..

30hb Disember.. 
 kteorg decide bwk umie balik..
bincang2 ngn dktr..
dktr bg umie balik..
sbb klu umie stay pn umie hanya bergantung kat oksigen n glukose..

31hb Disember..
umie balik umah..
umie balik nek ambulans...
along, angah adik teman umie nek ambulans..
sume diuruskan..
umie smpi umah kul 330 ptg..
tp mase tu along n angah xd..
along kuar nk g byr yuran..
tetiba adik kol ckp umie nazak..
pttlah mse nk kuar umah tu..
umie pegang tgn along mcm xbg pergi..
tp along ckp along kuar jap je..

along smpi  umah..
umie dah xd..
umie pergi menghadap yg maha ESA kul 400 ptg...
alfatihah~!

bersyukur sangat sbb along diberi mempunyai masa dan ruang untuk menjaga umie..
wlupun umi sakit cme sebulan tp ujian Allah ckup besar...
smpi sekarang along masih ingat UMIE..


Gallery

Daisypath Anniversary tickers

Author