Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

bersyukur~

Thursday, October 10, 2013
.:dear diary:.

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil


petua mudah bersalin

Tuesday, October 8, 2013
.:dear diary:.

Fuh cepatnya rasa masa berlalu. Rasa macam baru je doctor scan sahkan aku pregnant. Tup2 dah nak dekat bersalin dah ha. Kalau orang tanya la kan apa perasaan aku saat ni, aku cuma mampu jawab, penat + mengah ! Tak larat dah rasanya. Takut tak nak bersalin ? Hurm.......... Kadang rasa jugak perasaan tu tapi tak lama. Mungkin sebab tak rasa sakitnya lagi, tak dapat nak bayangkan. Mudah-mudahan selamat la semua. Amin.....

Ni ada beberapa petua yang aku baca hasil dari blogwalking hehehe..... Dalam duk penat2 ni, kalut jugak aku cari petua2 mudah bersalin ni. Aku tempek kat blog aku pulak, esok2 boleh review balik.

1) Telur Ayam 
Ada yang bagitau, telan telur ayam mentah di hujung-2 kehamilan. Ada jugak yang tulis amalkan telur separuh masak untuk bagi tenaga. So boleh pilih kot yang mana rasa boleh ambik. Dua-2 ni aku tak buat. Rasa meloya je tekak nak telan.

2) Minum Air Kelapa
Owh yang ni memang feveret. Dari kandungan aku 5 bulan lagi aku dah amalkan cuma tak kerap. Aku ambik seminggu sekali. Elok untuk mencantikkan kulit bayi. Orang tua2 kata, nak bagi hilang kerak2 terutamanya kat kepala dia.

3) Makan Sayur Bendi
Yang ditulis dalam kebanyakan blog, sayur ni mengandungi lendir. Lendir ni membantu memudahkan bersalin.

4) Makan Kurma
Yang ni terbukti memang baik untuk badan. Kurma bagi tenaga. Memang elok untuk kita lagi-2 kalau dah sakit nak bersalin. Nak makan memang tak lalu, jadi ambik la kurma. Lebih elok ambik dalam kuantiti ganjil.

5) Amalkan Surah atau Ayat-2 Al-Quran
Antaranya Surah Maryam, Doa Nabi Yunus dan sebut kan "Ya Fattah" berulang kali semasa sakit nak bersalin tu untuk kurangkan sakit bersalin dan cepatkan bukaan.

"Doa Nabi Yunus"


6) Minum Air Selusuh
Lebih baik kalau suami sendiri yang buatkan air selusuh ni. Tak ada pulak aku mintakkan suami yang buat. Mak mertua pun tak pernah cakap apa2 pasal ni.  Mungkin dalam family, memang tak ada yang amalkan.

7) Minum Milo + Marjerin
Milo dibancuh dengan 2,3 sudu marjerin supaya laluan cepat terbuka.

8) Minum Air Akar Fatimah
Rebus akar fatimah tu dan minum airnya. Ada yang kata, air rebusan tu diminum bila dah rasa sakit nak bersalin tu.

9) Senaman Ringan
Antara yang paling mudah nak buat adalah banyakkan berjalan. Kalau bab berjalan tak ada masalah kot untuk ibu mengandung. Memang masing2 kuat berjalan shopping rasanya termasuk aku he he.... Atau pun, duduk bersila, temukan kedua-2 tapak kaki, pegang jari kaki kemudian tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina. Boleh juga buat ni, duduk mencangkung dan tangan tahan pada dinding. Kemudian berdiri perlahan-lahan dan buat sekerap yang mampu.

10) Kerap Bersama Suami
Bila kandungan dah mencecah 36 minggu, keraplah 'bersama' suami. Seminggu 2,3 kali ke....hehehe.... Bersama suami ni selusuh terbaik untuk memudahkan laluan.

11) Air Hujung Rambut
Petua orang tua-2. Lepas mandi, rambut tengah basah2 tu, lurutkan rambut dari atas sampai ke hujung dan isap airnya. Niatkan dalam hati macam mana mudahnya air tu mengalir turun dari rambut, mudahkan anak yang akan keluar nanti. Dan jangan lupa selawat. Rambut tu pulak jangan la lurutkan sampai secekak. Pegang dalam secubit je.

12) Air Lebihan Suami
Minum air lebihan yang diminum suami. Aku tak tau la apa kaitan nya tapi memang dari dulu, air yang suami minum, air tu jugak yang aku minum.

13) Minta Ampun, Maaf
Wajib walaupun bukan saat2 nak bersalin je. Minta ampun, maaf pada suami, mak ayah kita dan mertua. Mudah-mudahan selamat semua. Doa dari diorang2 ni la yang sangat2 kita perlukan saat2 getir bertarung nyawa.


Itu saja yang aku berjaya cedok + kutip. Ada penambahan lagi ? Mana la tau, mak2 korang ada lagi petua2 lama yang boleh diamalkan. Boleh la nak share2.

sharing is sexy uolsss..:D

35 minggu~

Wednesday, October 2, 2013
.: dear diary:.

tamo mention berapa lama aku dah tinggalkan blog ini.. hihi

perasaan aku sekarang like an ABCS (Air Batu Campur Spesel, ada ais krim lagi). hihi
Baby sangatlah aktif..
so comelll.. tak sabar mama nak jumpa..
baby bump dah makin besar..
nak jalan2 pun dah terasa letihnya..
tapi kene jalan banyak2..
InsyaAllah senang bersalin.. bak kata org2 yg berpengalaman..
barang2 almost dah cukup..
tinggal mental nie nak kene kuat sikit.. hihi

Teruja nak tunggu my baby nie keluar...huhu.. 
Camne la nak menghadapi time bersalin nanti kan..
ikutkan plus minus 30 hari lagi..
tapi dah kene prepare dari sekarang.. takut bersalin awal pulak..

Ok sekarang masa untuk get ready dengan barang2 untuk bersalin nanti ye :) 

Barang MAMA
Buku pinky2 klinik kesihatan
IC
Handphone dengan Charger
--------------
Beg MAMA
Baju Cantik keluar hospital - 1
Baju blouse/ T-shirt butang depan - 2
Kain Batik - 2
Tudung - 2
Stokin - 2
Tuala Muka - 1
Toiletries - 1 set (shampoo+showerFoam+pencuci muka+berusGigi+ubatGigi)
Tuala mandi - 1
Cosmetic set - 1 (bedak+sikat+lipice)
Maternity Pad - 1pack/20 keping
Breast Pad - 4
Sweater - 1
Selipar - 1
Beg plastik baju kotor - 1
Minyak angin/ urut - 1 (kayu putih/minyak merah)
Air/ Air Zam zam
Getah rambut - 1
Disposable panties - 5
Nursing Bra - 4
Breastpump
Majalah/ Buku/ Al-Quran
Makanan & Minuman 

Barang BABY
Beg baby
Baby diapers - 6 keping
Baju baby - 3 set
Minyak Telon - 1
Baby wipes/ Wet Tissues - 1 pek
Tuala mandi - 1
Mittens n Booties - 4 set
Selimut/ Bedung - 2
Toiletries travel pack - 1
Barut - 4
Topi - 1
Nappy cream - 1

Ok dah selesai list down... Nak pergi pack pulak n letak dalam kereta. In case kalau anytime rasa sakit nak bersalin... boleh terus pergi hospital. Senang kalau dah siapkan awal2.. Senangkan suami kita jugak... Almaklumlahh tengah kalut2 nak bersalin nanti.. nak suruh dia sediakan barang.. sure mati kutu dia.. hihi

Ok sekarang nie kena beware dengan tanda2 nak bersalin.. Kalau salah satu nie ada.. dah kene cepat2 hospital :

~ perut mengeras + sakit + senggugut 
~ darah / cecair pekat kekuningan
~ air ketuban pecah

Okkk.. wish me luck ye.. 

Dadidu dulu :)



Gallery

Daisypath Anniversary tickers

Author