Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

keje baru

Friday, September 26, 2014
.:dear diary:.

Seronok memang seronok sebab dapat tempat baru, kawan baru, environment baru, tapi jauh di sudut hati ni memang masih terasa sangat takot.

Macam-macam fikir, ok ke kat sini..penat ke..stress ke..susah ke..tapi demi kerjaya, ku gagahi jua!

Diam tak diam dah hampir sebulan kerja kat tempat baru.. Syukur Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.. Walaupun banyak beza.. Dari segi suasana, kawan-kawan, lokasi, dan macam-macam lagi..

Honestly kerja tempat baru ni memang sangat-sangat berbeza. Dulu kerja dengan company lame, keje mmg specific klu kate ko bancuh air sepanjang 5 tahun bancuh air lah jugak keje ko..tp kat sni lain..mmg lain...dr amik order..pastu g bli brg...dah bli brg kena plak buat air...dah buat air kena rasa ok ke idak air tu kot kot lah buatnye letak garam ke...last sekali ofkoslah kena hidang..hahaha...
contoh aku bg xrelated langsung keje aku..tp klu aku cte pun buat pening korang paham..baiklah aku cte yg korang paham ye dak..?

Kerja sekarang lokasi agak jauh sedikit, jem tu depends jalan mne lalu..klu nk cepat bole tp tol kena lebey sikit..dapat kurang stress sbb kena hadap jem oiii..

Lunch sini pree tp aku ni ikut mood..rajin turun bawah kalau idak pegi lah memane yg dekat mimos ke tpm ke klu nk jalan jauh sikit sanggup amik keta kat park yang jauh nun sane pastu pegi lah giant kinrara..setakat ni tu je tempat makan aku jauh...eh lpe plak dah smpi murni itu pn org bawak..haha..

Pasal kawan-kawan pulak, kat sini cuma ade 5 orang melayu.. Yang lain semua bukan melayu. yg tak syok aku tak jumpa lg kawan gosip..haha


Tu yang kadang rindu dengan kawan-kawan giler aku kat company lama.. Lepak pantry lame-lame, keluar lunch same-same,  then time kerja pun ade mase nak borak pasal itu pasal ini. Huhuhuhu. Rinduuu sangat.. Takpelah, hasben ku cakap kadang-kadang dalam pekerjaan ni kita tak perlukan sahabat. Cukuplah ade sahabat dalam hidup. 



Rasanya tu je kot. 



Ni type entry pun sebab 'org belakang' cuti. So manfaatkanlah masa yang ada.



Lupe nak bagitau. Belum sampai 3 bulan kerja, aku dah MC haritu. Tak larat sangat. Takkan nak drive kalau tak larat. Baik aku MC.


tiade penyesalan

Thursday, September 25, 2014
.: dear diary:.



aku yg angkat tepon
aku yg amik requirement
aku yg buat setle bugs
aku yg buat amendment 
aku jugak buat testing
aku jugak buat support
itu aku..

tiada penyesalan semoga diberi kekuatan..haha..

makan maki xyah cte...
makan hati lg laaaaaaa payah nk cte...

Common Q&A about solid food for baby

Thursday, June 5, 2014
.:dear diary:.

Selamat membace mommies!

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
- Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru.

2) Sehari berapa kali makan?
- Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
- 2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
- Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
- Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
- Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
- Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) Bagaimana mahu buat puri?
- Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.

9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
- Ya.

10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
- Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
- Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
- sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan?
- Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
- Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
- Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) apakah 4-day-rules? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
- 4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

17) bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?
- Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.

#copypastefb

Happy Birthday Suami =)

Thursday, May 1, 2014
.:dear diary:.



Mohd Nizam Cinta Hatiku,
Kupanjatkan doa untuk Suamiku, kekasihku, sahabatku, dan teman hidupku menjelang pertambahan usianya yang ke 28 tahun. 

Dia adalah salah satu anugerah terindah yang diberikan Allah untuk aku.
Tak disangka perkenalan yang biasa2 sahaja akhirnya sudah tertulis dari azali, dia sebahagian tulang rusukku. Allah pertemukan kami dengan caraNya yang terindah. Terima Kasih Ya Allah kau hadirkan dirinya dalam hidup aku.

Dia memberikan keindahan dalam kesederhanaan, kesahajaan dan ketulusan cintanya. Dalam ketegasannya, masih ada kelembutan. Dalam egonya, masih ada kasih sayang. Dalam kecewanya, masih ada ketawa. Dalam sedihnya, masih ada gembira. Dia adalah dia. Ya Allah, aku bersyukur atas limpahan rahmatMU untukku melalui dirinya.

Rasa syukur dan terima kasih ku ucapkan kepadaMU kerana anugerahMu ini. Tidak akan aku persiakan dirinya, akan ku jaga maruahnya, akan ku bawa nama baiknya.

Pada untaian harapan dan permintaan yang kupanjatkan padaMU Yaa Allah.
Berikanlah Suamiku kesihatan yang baik, panjang umur yang bermanfaat, permudahkanlah rezekinya, kebahagiaannya dan rangkaian kemudahan dariMU
Jadikanlah dia Imam, Suami untuk aku berlindung dan Ayah terbaik pada anak-anak kami ,
Jadikanlah segala kelebihan yang ada pada dirinya sebagai tempat baginya untuk selalu bersyukur dan tidak pernah mengingkari sedikit pun nikmat yang Kau berikan.
Jadikanlah segala kekurangan yang ada pada dirinya sebagai tempat baginya untuk selalu kembali bermunajat padaMU dalam setiap kesulitan.

Yaa Allah, ampunilah segala salah dan khilafnya.
Yaa Allah, hiasilah wajahnya dengan senyuman kesyukuran atas segala anugerah dan nikmat dariMU yang tak  pernah pudar.
Yaa Allah, lapangkan hatinya dengan kerendahan hati, ketegaran, keikhlasan dan kesabaran dalam melalui  ujian kesenangan mahupun kesulitan yang Kau berikan.
Yaa Allah, hiasilah bibirnya dengan kata-kata indah yang menyejukkan bagi mereka yang mendengarnya.
Yaa Allah, berikanlah cahaya dan petunjuk dalam setiap langkahnya ketika memimpinku melewati setiap perjalanan dalam hidup kami agar selalu berada di jalanMU
Yaa Allah, terima kasih untuk lengannya tempatku berpaut dan dadanya yang bidang tempatku bersandar ketika aku menangis.

Bantulah kami ke jalanMu yang lurus. Bantulah kami mengapai syurgaMu Ya Allah.

Amin Ya Rabbal' Alamin.

Selamat Hari Lahir B.. Tiada hadiah dapat Ayg beri, hanya doa Sayang setiap hari yang Ayg dapat bagi. Semoga Allah makbulkan semua doa-doa Ayg untuk B.. Love U Soo Much B..


Regards,
Yang mencintaimu syg,




mamashawl

Tuesday, April 22, 2014
.: dear diary:.

:::visit our page::::



ig: mamashawl

me is bz woman..ahak~!

Monday, April 21, 2014


.: dear diary:.

berkurun rasanya xhapdet blog..
ni sume kerana tahap kemalasan yg berbondong-bondong...

bz wei..
jd bini org, jd mak org, jd studeng, jd pekerja, jd anak..isk3..kesian..

tgk jelah gambo ni xtau nak post ape..heheh..





doa utk mendapatkan anak kembar..

Wednesday, February 19, 2014
.:dear diary:.


nota kaki: mane tau rezeki kan..hehe

Selamat ulang tahun perkahwinan yang PERTAMA

Monday, January 20, 2014
.: dear diary:.


Alhamdulillah genap setahun perkahwinan 
bersama suami terchenta Mohd Nizam Bin Mohd Jamaluddin ..
macam baru sebulan berkahwin..hehe..
still honeymoon..
suami adalah pelengkap buat diriku, penyeri dikala duka,
penasihat dikala buntu, 
sentiasa membuat diriku tersenyum...
terima kasih sudi terima diri yang serba kekurangan..
dulu berdua sekarang bertiga..
moga dengan kehadiran permata hati kami 
Nur Amalina Adelia Binti Mohd Nizam  
menambahkan lg seri perkahwinan kami..
moga rumah tangga kami terus dalam mawaddah sakinah dan rahmah..
love u so much sygku..

nota kaki: perkahwinan adalah satu medan dimana aku belajar banyak bnda dalam hidup.. 
dari sakit hati, sedih, kecewa sampilah gembira, bahagia, ketawa.. 
kau boleh rasa sakit hati sangat sangat sampai rasa macam nak tumbuk muka org, 
tp dlm masa satu saat kemudiannya, 
hati kau cair macam aiskrim bila kena peluk cium dengan suami...
itulah perkahwinan...

Buat suami terchentaaaaa~

Friday, January 10, 2014
.: dear diary:.

Aku Mencintai Mu Wahai Suamiku

Bertemu dengan mu adalah nasibku,
menjadi temanmu adalah pilihanku
jatuh cinta denganmu adalah di luar kuasaku
Setiap kali kau tersenyum tanpa alasan dan setiap kali kau merasakan bahagia yang tak terduga, ketahuilah bahawa itu semua kerana aku sedang memikirkanmu.
Setiap kali aku merindukanmu, bintang jatuh dari langit.
jika kau melihat ke langit dan menemukan langit gelap tanpa bintang, itu semua kesalahan mu.
Kau membuatkan ku terlalu rindu padamu
Jangan berjalan di depanku, aku mungkin tidak mengikuti
Jangan berjalan di belakangku, Aku mungkin tidak memimpin
Berjalanlah di sampingku dan akan aku kasihi mu selama-lamanya

dulu berdua sekarang bertiga~

Tuesday, January 7, 2014
.: dear diary:.

Ya Allah lamanya tak menulis. Memang sangat lama. Bila rasa nak menulis tapi tiba-tiba rasa malas tu datang. Sejak kelahiran cahaya mata banyak sangat perubahan yang berlaku. Dari segi masa dan penyesuaian kehidupan. Kalau dulu berdua sekarang sudah bertiga. Alhamdulilah aku dapat belajar dari semua ini. Pengalaman melahirkan anak memang tak kan dapat dilupa. Sekarang anak pun dah masuk 2 bulan lebih. Alhamdulillah membesar dengan sihat. Allah juga bagi kami peluang menjaga anak yang tak banyak sangat ragam. Moga Allah sentiasa memberikan kemudahan kepada aku dan suami.

Proses kehidupan berkeluarga bukan sahaja lengkap dengan kehadiran cahaya mata namun perjalanan pembelajaran yang perlu diserap satu persatu. Bukan mudah menjadi ibu bapa , anak itu amanah. Gagalnya kami mendidik, pertanyaan di sana kelak. Alhamdulilah dalam usia 27 tahun Allah berikan kesempatan untuk kami merasai detik-detik ini. Moga Allah redha. Moga cinta Aku dan suami melalui lafaz sakinah yang terbukti membuatkan rasa kasih dan sayang ini tidak pernah akan pudar.

Seawal jagung usia perkahwinan ini tidak akan mematah semangat aku untuk belajar erti sebuah perkahwinan yang perlu ada rasa kasih dan sabar. Betullah bak kata pepatah, adanya pelangi selepas hujan. Sungguh penceritaan dan penentuannya begitu Indah. Allah hadirkan seorang suami yang belajar memahami, sabar dan belajar menjadi seorang ayah untuk anak kami. Begitu juga aku, dalam perjalanan kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu banyak yang perlu aku pelajari.

Tiada apa yang dapat ku panjat atas rasa syukur, nikmat sebuah kehidupan dan kecukupan datangnya dari Dia. Jika badai datang melanda moga ia dapat ditepis dengan kewarasan fikiran dan iman yang utuh di hati. Moga Allah redha akan kehidupan kami bersama. Moga Allah permudahkan segala perancangan dan usaha kami. 

Nama Saya Nur Amalina Adelia Binti Mohd Nizam..Hari ni saya 85 hari =)


Gallery

Daisypath Anniversary tickers

Author