Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

petua mudah bersalin

Tuesday, October 8, 2013
.:dear diary:.

Fuh cepatnya rasa masa berlalu. Rasa macam baru je doctor scan sahkan aku pregnant. Tup2 dah nak dekat bersalin dah ha. Kalau orang tanya la kan apa perasaan aku saat ni, aku cuma mampu jawab, penat + mengah ! Tak larat dah rasanya. Takut tak nak bersalin ? Hurm.......... Kadang rasa jugak perasaan tu tapi tak lama. Mungkin sebab tak rasa sakitnya lagi, tak dapat nak bayangkan. Mudah-mudahan selamat la semua. Amin.....

Ni ada beberapa petua yang aku baca hasil dari blogwalking hehehe..... Dalam duk penat2 ni, kalut jugak aku cari petua2 mudah bersalin ni. Aku tempek kat blog aku pulak, esok2 boleh review balik.

1) Telur Ayam 
Ada yang bagitau, telan telur ayam mentah di hujung-2 kehamilan. Ada jugak yang tulis amalkan telur separuh masak untuk bagi tenaga. So boleh pilih kot yang mana rasa boleh ambik. Dua-2 ni aku tak buat. Rasa meloya je tekak nak telan.

2) Minum Air Kelapa
Owh yang ni memang feveret. Dari kandungan aku 5 bulan lagi aku dah amalkan cuma tak kerap. Aku ambik seminggu sekali. Elok untuk mencantikkan kulit bayi. Orang tua2 kata, nak bagi hilang kerak2 terutamanya kat kepala dia.

3) Makan Sayur Bendi
Yang ditulis dalam kebanyakan blog, sayur ni mengandungi lendir. Lendir ni membantu memudahkan bersalin.

4) Makan Kurma
Yang ni terbukti memang baik untuk badan. Kurma bagi tenaga. Memang elok untuk kita lagi-2 kalau dah sakit nak bersalin. Nak makan memang tak lalu, jadi ambik la kurma. Lebih elok ambik dalam kuantiti ganjil.

5) Amalkan Surah atau Ayat-2 Al-Quran
Antaranya Surah Maryam, Doa Nabi Yunus dan sebut kan "Ya Fattah" berulang kali semasa sakit nak bersalin tu untuk kurangkan sakit bersalin dan cepatkan bukaan.

"Doa Nabi Yunus"


6) Minum Air Selusuh
Lebih baik kalau suami sendiri yang buatkan air selusuh ni. Tak ada pulak aku mintakkan suami yang buat. Mak mertua pun tak pernah cakap apa2 pasal ni.  Mungkin dalam family, memang tak ada yang amalkan.

7) Minum Milo + Marjerin
Milo dibancuh dengan 2,3 sudu marjerin supaya laluan cepat terbuka.

8) Minum Air Akar Fatimah
Rebus akar fatimah tu dan minum airnya. Ada yang kata, air rebusan tu diminum bila dah rasa sakit nak bersalin tu.

9) Senaman Ringan
Antara yang paling mudah nak buat adalah banyakkan berjalan. Kalau bab berjalan tak ada masalah kot untuk ibu mengandung. Memang masing2 kuat berjalan shopping rasanya termasuk aku he he.... Atau pun, duduk bersila, temukan kedua-2 tapak kaki, pegang jari kaki kemudian tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina. Boleh juga buat ni, duduk mencangkung dan tangan tahan pada dinding. Kemudian berdiri perlahan-lahan dan buat sekerap yang mampu.

10) Kerap Bersama Suami
Bila kandungan dah mencecah 36 minggu, keraplah 'bersama' suami. Seminggu 2,3 kali ke....hehehe.... Bersama suami ni selusuh terbaik untuk memudahkan laluan.

11) Air Hujung Rambut
Petua orang tua-2. Lepas mandi, rambut tengah basah2 tu, lurutkan rambut dari atas sampai ke hujung dan isap airnya. Niatkan dalam hati macam mana mudahnya air tu mengalir turun dari rambut, mudahkan anak yang akan keluar nanti. Dan jangan lupa selawat. Rambut tu pulak jangan la lurutkan sampai secekak. Pegang dalam secubit je.

12) Air Lebihan Suami
Minum air lebihan yang diminum suami. Aku tak tau la apa kaitan nya tapi memang dari dulu, air yang suami minum, air tu jugak yang aku minum.

13) Minta Ampun, Maaf
Wajib walaupun bukan saat2 nak bersalin je. Minta ampun, maaf pada suami, mak ayah kita dan mertua. Mudah-mudahan selamat semua. Doa dari diorang2 ni la yang sangat2 kita perlukan saat2 getir bertarung nyawa.


Itu saja yang aku berjaya cedok + kutip. Ada penambahan lagi ? Mana la tau, mak2 korang ada lagi petua2 lama yang boleh diamalkan. Boleh la nak share2.

sharing is sexy uolsss..:D

2 comments:

Siti Munirah said...

Hai. Salam Perkenalan. Dah bersalin ke belum ni?

Unknown said...

alhmdllah...dah raya haji hari tu...

Post a Comment

Gallery

Daisypath Anniversary tickers

Author