.: dear diary:.
Puisi Zahiril Buat Shera Menangis...di persandingan mereka!
“Aku pasti punya masalah tiap kali
ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih
hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang
dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi
isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku
pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah
menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah
kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga
diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi
selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap
saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh
dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap
nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan
dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi
isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat
menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku,
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku,
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat
menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”
|
0 comments:
Post a Comment