Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

shopping!!

Thursday, August 29, 2013
.:dear diary:.

Ini yang aku tunggu tunggu sejak sekian lamanya, akhirnya dah tiba ! Hihi aku mula mula ingatkan dah tak larat sangat nak pergi, yelah sekarang dah 30 minggu kan. Badan pun dah makin berat, jalan pun makin slow asyik kena tinggal je kalau jalan  -_-" tapi hishhh mana boleh ! Semangat kena kuat ! Lagipun nak shopping ni, takkan takde semangat kot kan ? 

Tapi, bila kawan cakap Pureen ada buat stock clearance promotion hujung bulan ni, terus rasa berminat nak pegi. Harga Ekspo dengan harga warehouse macam ni selalunye tak sama. Warehouse lagi murah. Sebelum ni tak penah pegi pon, tak tau apa-apa maklumat langsung pasal ni. Apa yang best sangat Pureen Warehouse ni? best sebab baju-baju baby sangat murah! Korang boleh dapat baju-baju baby serendah Rm1-Rm3 (tapi harga ni sape yang cepat dtg, dia dapatlah dulu). Takpun kalau dah habis harga yg murah tu, yang banyak tinggal baju yang harga dalam Rm8-Rm12.  Kira ok la kot harga. Barang-barang toiletries baby pun murah. Macam-macam ada.



Seminggu sebelum nak pegi sini, dah siap cakap awal-awal dengan husband. Kena plan siap2, takut dia malas nak layan.hehe. Dan malam sebelum nak pegi ingatkan lagi dekat husband pagi Sabtu kena bangun awal sebab nak gerak awal sikit. Bawak sorang adik tambahan sorang bodyguard utk angkat brg..hehe

Pureen ni buat dekat Summit Company, area PJ. Sampai sini pukul 1200 tengahari, parking dah susah nak carik, ditambahkan lagi sesak dengan para peniaga mengambil kesempatan jual-jual makanan dekat tepi2 jalan dan luar kilang ni. Agaknye diorang pon dah tahu tiap2 tahun memang ada buat dekat sini. Husband suruh turun dulu tunggu depan gate, dia pegi cari parking. Tapi, aku bukan tunggu pun.haha. 

Masuk-masuk je dalam Pureen ni, terus gunakan plan strategi ..haha.. Ok mungkin lepas2 ni ada antara korang yang nak pegi Pureen Warehouse ni, please ikut tips ni :- (sbnrnya ni tips dr aku sbb aku dah terslh strategi..haha)
Bila masuk je, korang akan jumpa bahagian toiletries dulu. Time-time macam ni la mata korang akan dikaburi dengan pelbagai jenis barang keperluan baby. Rambang mata sangat. Tapi, please! Jangan terpedaya dulu.haha (dah macam tips apa je rasa). Korang terusss je jalan masuk menghala ke bahagian baju baby dekat belakang kilang ni (ada 2 bahagian). Korang kena pantas sikit la jalan, tapi toksahlah sampai berlari. Lagi2 yang pregnant. Tips ni boleh menjimatkan masa korang dan korang boleh grab baju2 baby dengan cepat and byk pilihan.

Selain baju,ada macam2 dekat sini. Detergent baby, body wash baby, pampers ada, botol susu, wipes, and lain2 keperluan baby.Murah2 la jugak~ Sesuai and berbaloi kalau beli borong. Detergent baby botol besar tu harga Rm17. Kalau beli dekat Ekspo Rm22. kalau dekat luar dalam Rm26-27 macam tu. 

So far bile usha harga luar mmg sgt berbaloi2 berbanding harga asal. so xmenyesallah ari tu walaupun almost rm500 duit husband terbang..hikhik..alhmdllah rasanya 90% keperluan baby dah ckup..tinggal skit2 lg brg mama utk berpantang nnti..

Datang pukul 12.00 tghari, setel bayar 1.30ptg..



0 comments:

Post a Comment

Gallery

Daisypath Anniversary tickers

Author