Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

mengongkong ke?

Monday, January 16, 2012
.: dear diary:.


Perempuan suka mengongkong? Kalo di tanye pada lelaki, rata-rata semua jawab YA! Aku berani cakap macam ni sebab.......(mls nk sambung..bole?) Tapi bagi Aku, perempuan bukan mengongkong tapi lebih kepada mengambil berat. aku tak nafikan ada sesetengah perempuan suka mengongkong dan QUEEN CONTROL. Tapi sedarkah kamu wahai lelaki, kaum perempuan berbuat demikian demi melindungi hak mereka. Sedarkah korang bahawa mereka cuba mempertahankan kamu agar tiada sesiapa yang akan merampas kamu dari nya. Sedarkah kamu bahawa mereka amat menyayangi kamu


Adakah apabila perempuan bertanya tentang segala aktiviti kamu, korang merasakan dia terlalu mengongkong dan serabut dengan setiap pertanyaannya. Tapi sebenarnye itulah cara si dia mengambil berat akan kamu wahai kaum adam. Kerna mereka ingin korang berkongsi segalanya dengan mereka. Memang cara kami para wanita menyayangi kamu kaum adam dengan mengambil tahu segala aktiviti kamu. Mungkin kamu rasa itu tak penting dan leceh. Tapi bagi kami, perkara kecil itulah yang membahagiakan kami. Perkara kecil itulah yang merapatkan kamu dan kami. Perkara kecil itulah yang membuatkan kami mampu bertahan dengan kamu. Dan perkara kecil itulah yang membuatkan kami rasa istimewa di mata kamu. Kerna kamu tidak akan berkongsi perkara kecil itu dengan orang lain.


Kami kaum wanita bukanlah mengongkong. Ya, mungkin kamu kaum adam berasa terbeban dengan setiap pertanyaan kami. Tapi, kamu harus ingat! Apabila kami kaum wanita tidak lagi bertanya perihal kamu, maka waktu itulah kamu perlu mula risau. Kerna di saat itu, kami tidak akan lagi ambil peduli akan hal kamu. Kaum wanita memang akan menyayangi lelaki plihannya dengan sepenuh hati. Namun, di saat sayang nya dan percaya nya mula tawar terhadap kamu kaum adam, sukar buat kamu untuk mengembalikan perasaan nya seperti dulu. Ingatlah, kami kaum wanita bukanlah ingin mengongkong kamu. Tapi sekadar mengambil berat akan kamu. Menyayangi kamu. Dan ingin sentiasa berada di sisi kamu ketika kamu memerlukan kami. ;)
sbnrnya, aku pun selalu bertanya perihal Chenta hati . Sentiasa mengambil tahu hal Chenta hati. Walopon kadang-kadang soalan nampak kebudak-budakkan. Aku tau kadang-kadang mungkin aku nampak macam QUEEN CONTROL. Tapi, aku tak pernah mengongkong dia. Dan aku sentiasa percayakan dia. aku kenal dia. aku tahu hati budi dia. Dan aku yakin akan dia. Walaupun aku tak tau apa yang akan terjadi di masa hadapan. Tapi aku sentiasa berdoa agar dialah jodoh yang tertulis buat aku.Semoga ALLAH memperkuatkan perasaan dan cinta kami. Semoga ALLAH mendekatkan hati kami. Amin. Hanya itu yang aku mampu doakan. Sebab kami hanya merancang tapi ALLAH yang menentukan. =)
 

0 comments:

Post a Comment

Gallery

Daisypath Anniversary tickers

Author